Cara berkembangbiak pada cendawan adalah melalui dua cara iaitu vegetatif dan generatif. Kebanyakan habitat cendawan dapat dijumpai pada udara lembap dan lingkungan dengan iklim sejuk.Ada banyak sekali jenis cendawan yang ada di bumi, ada jenis cendawan yang dapat dimakan mahupun cendawan beracun. Jadi, sebab kenapa cendawan tumbuh selepas hujan adalah:
1.Tanah Lembap Selepas Hujan
Apabila tanah menjadi lembap cendawan akan tumbuh dengan cepat, hal ini kerana tumbesaran cendawan mudah untuk menembusi tanah yang sudah lembut. Cendawan juga adalah sejenis tumbuhan yang lembut dan berklorofil dan hanya akan timbul selepas hujan.Kudrat cendawan menjadi lebih sukar apabila tanah menjadi keras.
2.Kelembapan yang Rendah
Pernahkan anda melihat cendawan tumbuh di tempat yang panas dan sudah tentunya tidak, cendawan hanya akan tumbuh dengan subur di mana tempatnya yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Hal ini kerana, terdapat benang halus pada cendawan yang dinamakan hifa, hifa ini akan bertindak balas dengan air hujan dan akhirnya menghasilkan pokok cendawan. pokok cendawan ini akan tumbuh dengan cepat dan akan hilang atau layu bila terkena dengan suhu yang tinggi atau kelembapan yang rendah.
3.Faktor Cuaca
Di satu kawasan yang yang sejuk akan menggalakan pertumbuhan cendawan berbanding di kawasan yang beriklim panas hal ini kerana di kawasan yang beriklim sejuk memiliki kelembapan yang tinggi dan di kawasan yang bercuaca panas membataskan pertumbuhan cendawan. Begitu juga, mana mana kawasan yang menerima matahari yang tinggi juga menyebabkan pokok cendawan takkan tumbuh melain di kawasan yang terlindung daripada sinaran matahari. Walaupun suatu kawasan itu ditumbuhi cendawan tetapi daun dan pokok cendawan akan menjadi layu setelah mendapat cahaya matahari
Owhh saya baru tahu. Faktor cendawan tumbuh selepas hujanπππ
ReplyDeleteHaah bagus tu . tu laa punca sebenarnya . πΌπΌπΌ
Deletetq...saya dapat tambah ilmu pengetahuan sayeπ€
ReplyDeleteSelepas cendawan tumbuh , berape lame die tahan untk hidup ye???
ReplyDelete